holla peeps! welcome to my blog . enjoy yourself here just don't be a copyCat . follow me and I'll follow you back privately . you guys are rock! ILYSM!

my school is ...

yeah. bersama kita hari ini lagi dengan saya, tak lain tak bukan, MAYRAA! hehe. dah gila pulak hari jumaat nih.sebenarnya nak cerita pasal insiden-insiden kat sekolah. hehe. berdebar nihh. tepuk tangan dulu, dah tepuk? HABIS! hehe, okay okay, jom baca!


mula-mula, pergi sekolah dengan zura. macam biasa laa, pergi awal sebab nak pergi kelas KKQ. then, pukul 1 turun balik pergi jaga kelas sebab kitorang trial prefects. then, tengah tengah jaga tu, ada something berbunyi dalam poket mayraa. rupa-rupanya ada handphone. macam mana boleh bwak? nasib baik masa tu tengah bising lagi. dah gelabah tu, pergi jumpa ustazah musfirah (guru kelas), bagi handphone tu mintak tolong dia jagakan. hehe.mayra cakap syukran banyak kali sebab bersyukur sangat takut kena rampas. hehe, lepas dah merapu tu, terus blah. terlompat-lompat depan bilik guru tu macam orang gilo. LOL.


then, jalan-jalan masuk kelas dengan aiman,zura, farieysha,amy, wanie, etc, tak termasuk hantu-hantu lain lagi. (tetibe seram). hehe. after a few minutes, abg krim (bukan nama sebenar) dengan mentee dia masuk nak mintak derma untuk keceriaan tandas yang tak ceria tu. kitorang semua gelak-gelak bila dia masuk. nak tau sebab apa? sebab abg krim tu tinggi lampai . kalau mayraa berdiri sebelah dia, sampai dada dia jerr. siapa-siapa yang nak cakap ngan dia kena dongak. haha. mentee dia pulak pendek, ketot, kecik. so, macam bapak ngan anak laa. tetibe, mayraa orang last berhenti gelak sebab apa? sebab brek gelak tak makan laa.hikhik. then, abg krim cakap '' aku check panty kau baru tau.'' then, tengah berapi tu mayraa cakap ,'' sepak *** kau kang, terus tak boleh kencing''. kurang ajar kan? yeah, i know thats very rude but he started it first . then, kitorang semua gelak balik (memang suka gelak la kitorang. LOL). time abg krim dengan mentee dia nak blah, disebabkan terlalu tinggi, krim terlanggar pasu bunga dalam kelas tu. kitorang semua jerit '' AYOK! *KRIM BUAT! AYOK!''.dia dengan mentee dia pun dah gelabah. tetibe krim cakap '' takpe, takpe. nanti kalau cikgu korang tanya sape buat korang cakap jerr KRIM BIN MAIL(bukan nama sebenar) kelas 2 Cerdas pecahkan. cikgu kelas korang nama apa??'' masa tu satu kelas terkesima dengan ke- gentleman dia tu. alyaa jer yang jawab soalan dia tu. dah selesai kes, dia blah. pastu dia patah balik, dia tanya nama guru kelas kitorang. then, dia blah lagi. pastu patah balik lagi. dia suruh cakap *krim yang hensem pecahkan. masa tu semua buat buat nak muntah including budak lelaki.cikgu history pun sampai. bila dia masuk, dia cakap '' apa kehe pasu nih? sapo pecahke?'' hehe, speaking kelate. mayraa pun jerit *KRIM BIN MAIL 2Cerdas buat cikgu!'' padahal, masa tu krim ada lagi. saja loya buruk dalam kelas. then, krim buat thumbs up kat mayraa. waah, bangga nye masa tu.


then,sambung belajar, macam biasa punya rutin. time KHB, cikgu cakap mayraa dapat pertanian. sungguh tak best! nak perdagangan!then, ikut je la cakap cikgu. kitorang tak belajar masa tu. kitorang kemas-kemas bengkel.  bila dah siap kemas tu, cikgu kumpulkan semua orang. dia nak check kalau-kalau ada yang ponteng. sebelum dia check nama kitorang,dia pandang -pandang belakang kitorang. then, tengok dialog bawah ni:


faiq: cikgu pandang apa?
cikgu: kat belakang kamu semua tula. banyak sangat


SENYAP


mayraa:  banyak? apa yang banyak?
cikgu: yang pakai baju putih laa
syahir: owh, memang laa. kitorang semua pakai baju putih. cikgu punn.
cikgu: tapi dia tak pakai songkok


SENYAP


mayraa: AAAAA! LARI WEYH!


tiba-tiba,mayraa jerit dan terus lari keluar dari bengkel. semua ikut lari. yang tinggal cikgu dengan syahir jee. syahir tu memang, loya buruk pastu otak blurr.semua semput bila keluar dari bengkel. masa tu tergelak-gelak sampai sakit perut. pastu,semua masuk balik. cikgu pun cakap, ''kamu semua ni buat lawakla. bacalah ayat kursi ke, ayat pedinding ke, ayat quran laa.''. pastu senyap balik. sebab kitorang baca-baca ayat quran. then, kitorang keluar bengkel masuk kelas balik. mayraa duduk sebelah wanie sebab zura masuk kelas perdagangan. cikgu pun masuk kelas. start balik pandangan pelik dia tuu. then dia cakap '' sebelah kamu semua ni, ada''. senyap . mayraa cepat-cepat bukak buku teks buat-buat tak kesah. cikgu pun start kan penerangan pasal kompos tu semua. tak kesahla belajar apa. dah habis penerangan, cikgu senyum. senyap balik. 


mayraa: cikgu senyum kat sape? kat belakang takde sape sape pun
cikgu: cikgu senyum kat ain laa. buat lawak la kamu ni
mayraa and wanie: yeke?? 
mayraa:JINGS! aq kawin dulu!(sempat lagi buat lawak)
cikgu: Ya, cikgu senyum kat ain. kan ain?
ain: *blanked *blurred *brainwashed
cikgu: apa-apa jelah. dah, pergi solat asar. kamu nak tinggal dalam ni ke?

semua lari. faiq dengan syahir lari pergi surau budak permpuan lain pergi musolla.


then, bunyi loceng, terus balik. masa nak balik tu, kitorang lari cepat-cepat sebab dah seram sangat. skip skip cerita, mayraa sampai rumah. bila tengah keluarkan dompet, rasa macam pelik. rupanya mayraa lupa amik balik handphone! GEEZ, camne boleh lupa? tu jer. hehe.


see u then, assalamualaikum!


Thank you for reading. I really appreaciate it XD

No comments: